Friday, March 23, 2012

PGB PRR2 Sebagai Work Leader

Bekerja Sebagai Work Leader dalam Projek PRR2 Di Petronas Gas Berhad.

Work Leader(WL) merupakan individu yang diiktiraf oleh PGB atau kontraktor merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengetuai dan mengawasi kerja2 yang dijalankan.Antara tanggungjawab2 WL ialah:
-Mengesahkan permit dan perjanjian yang ditandatangani
-Menerangkan kandungan Job Safety Analysis(JSA) Dan Permit To Work(PTW) kepada pekerja.
-Memastikan tiada penyelewengan didalam permit
-Menyediakan pemulangan permit setelah kerja tamat atau apabila hendak menutup permit kerja.
-Memulangkan permit kepada Approving Authority setelah kerja tamat.

PERMIT TO WORK
-Permit Kerja adalah dokumen kerja yang dikawal untuk mengenalpasti dan menangani bahaya,perbincangan dan mencatitkan aktiviti-aktiviti kerja serta berhubung dengan semua pihak berkaitan.
Permit Kerja terkandung kepada 2 iaitu:

COLD WORK PERMIT
-Berwarna Hijau dan untuk mengawal kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan punca api atau pembakaran terbuka
-Seperti ujuan tekanan,"spading".kalibrasi.

HOT WORK PERMIT
-Berwarna Merah dan digunakan untuk mengawal kerja-kerja yang mengeluarkan punca api,pembakaran terbuka,mengeluarkan percikan api,pelepasan bahan mudah terbakar,untuk memasuki ruang terkurung dan membawa masuk kenderaan ke kawasan proses,
-Seperti kimpalan,pemotongan,hot tapping,dsb



No comments:

Post a Comment