Saturday, March 31, 2012

Pewaris Anak Dungun (Percubaan Pertama)

Assalamualaikum.

Pewaris Anak Dungun,Dilahirkan di Kuala Terengganu,Membesar serta mula mengenali dunia melalui Daerah Dungun,Terengganu Malaysia.Menetap di Jalan Bunga Raya,Dungun,Mendapat pendidikan awal di Sek.Keb.Sura.Dungun,Kg Sura Tengah merupakan tempat bermain kenangan manis zaman kanak2. Segalanya berada di Dungun,keluarga,sahabat dan juga kenalan.Tidak pernah merasa terasing disini.Insyaallah ada masa akan diceritakan tentang sejarah serta kisah2 klasik dan kemegahan bagi Daerah Dungun

Coretan ini merupakan percubaan pertama dalam menulis blog.Walau dah agak lama Blog Pewaris Anak Dungun ini wujud,dah 2 tahun rasanya hasil dari pengenalan serta tunjuk ajar seorang sahabat, Encik
Lokman Salleh,"Terima Kasih Bro"Kelmarin 30 Mac 2012 adalah genap 2 tahun blog ini wujud,saya tak pernah coretkan apa2 didalam blog ini,sekadar menulis ucapan ringkas.Sebenarnya saya tidak faham dan kurang pengetahuan tentang blogging,tidak mempunyai sebarang idea,tidak tau apa yang hendak ditulis atau dikongsi.Malah saya masih tercari-cari apa matlamat,manfaat atau kelebihan menulis blog.Walaupun masih konfius tentang matlamat dan manfaat menulis blog,namun hati yang berjiwa seni ini terasa nak mencuba dan mencari pengalaman dalam menulis blog.Maka terhasillah Percubaan Pertama bagi Pewaris Anak Dungun.

Berbalik kepada masalah selama 2 tahun ini ialah nak tulis blog tentang apa? Dah 2 tahun pikir,nak tulis apa,nak menulis tentang kehidupan seharian saya,ianya agak membosankan.Pernah juga terfikir untuk menulis tentang politik,kerna boleh dikatakan boleh dikatakan hampir setiap hari saya update survey blog2 politik tanahair,sekadar mengambil tahu perkembangan politik semasa,sedap sikit nak berdebat.Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman dalam membaca blog2 politik itu,saya dapati kebanyakan penulis2 blog serta pembaca2 blog politik lebih suka membaca berita2 yang berunsurkan fitnah,mencari kesalahan orang,hasutan,benci membenci,umpat mengumpat serta caci mencaci sesama muslim,walau bukan semua,tapi yang pasti itulah trend politik malaysia hari ini.Maka seeloknya saya tidak melibatkan diri dalam penulisan2 seperti itu,cukup sekadar membaca.namun saya tetap akan berkongsi juga sedikit sebanyak pendapat saya tentang politik malaysia di dalam Pewaris Anak Dungun,insyaallah.

Saya juga berminat dalam bidang ilmu agama,berpesan2 kearah kebenaran dan mencegah kemungkaran,membaca serta memahami isi Al-Quran dan Hadis,namun tidak mempunyai kelayakan yang secukupnya untuk menulis tentang ilmu-ilmu agama,nanti tak pasal2 sesat pulak sesiapa yang baca blog Pewaris Anak Dungun ini.Copy dan paste dari buku2 agama boleh kot,sebarkan hadis ke.Selain daripada itu mungkin saya patut menulis sedikit sebanyak tentang sukan paling digemari ramai Bola Sepak,Saya mungkin akan menulis dan menyampaikan pengalaman2 serta ilmu2 yang berguna,Insyaallah.

Rasanya sampai setakat ini sahaja saya merapu dalam Percubaan Pertama ini,semoga tidak membosankan.Insyaallah akan mencari post yang lebih menarik seterusnya dari Pewaris Anak Dungun.
Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment